Sejak bulan Mac 2007, Sony telah memperkenalkan komputer terbaru melalui komputer Vaio Sony yang terkenal. Walaupun ia telah dipasarkan beberapa bulan yang lalu, saya memilih komputer dari Vaio ni kerana rekabentuk yang unik. Melalui siri L Vaio, Sony telah memperkenalkan komputer yang lebih dikenali sebagai panel PC ini kerana ia berbentuk seperti desktop tetapi bukan notebook iaitu VGC LA38G. Rekabentuk yang unik ini membolehkan komputer ini memiliki mobiliti seperti sebuah notebook. Apa yang sya boleh lihat daripada komputer baru dari siri L ini adalah unik kerana ia boleh dikategorikan sebagai desktop mahupun notebook seperti pendapat ramai peminat siri L ini.
Rekebentuk LA38G ini adalah unik dengan papan kekuncinya yang boleh dibuka dan dilipat sama ada untuk memaparkan skrin dalam mode skrin penuh ataupun menutup sebahagian skrin. Paparan skrin adalah normal seperti paparan skrin komputer biasa apabila papan kekunci yang menutupi sebahagian skrin ini dibuka tetapi apabila papan kekunci ditutup LA38G tetap memaparkan sebahagian skrinnya di dalam mode waktu dengan paparan jam dan kalendar yang menarik.

Kerangka skrin LA38G ini yang diperbuat daripada bahan lutsinar memberikan ilusi bahawa komputer ini seperti terapung dalam keadaan tegak. Bahan lutsinar yang diperbuat daripada bahan polikarbon ini sebenarnya bahan yang tahan lasak memberikan gambaran luar yang salah terhadap daya tahan komputer ini. Speaker dalaman komputer ini terletak di kiri dan kanan skrin mampu memberi kepuasan [endengar tanpa speaker luaran. Seperti yang dapat kita perhatikan dia atas LA38G ini, ada satu kamera kecil yang mampu berfungsi seperti webcam dangan size kamera VGA. Manakala, touchpad komputer ini hanya dapat diakses apabila papan kekuncinya dibuka dan terletak di sebelah kanan.
Di sebalik rekabentuk LA38G yang menarik ini, keupayaannya memainkan fungsi pejabat dan multimedia tidak boleh dipandang ringan kerana ia dilengkapi dengan cip pemproses Intel Core 2 Duo T5600 dengan kelajuan 1.83ghz, RAM 1gb SDDR2. Dari segi keupayaan grafik pula LA38G ini dilengkapi dengan kad grafik dari Nvidia Geforce Go 7400 ditambah dengan hard disk sebesar 120gb dan paparan sebesar 15.4 inci Wide Clear Bright LCD WXGA pasti memenuhi kehendak multimedia pengguna.

Apa yang lebih unik tentang LA38G ini ialah teknologi SoundFlow iaitu fungsi yang boleh diakses apabila papan kekunci komputer ini ditutup seperti fungsi memainkan muzik, loceng, kalendar dan jam. Walaupun LA38G ini masih boleh dipanggil desktop kerana keberatan dia yang masih lebih berat daripada standard sebuah komputer riba dengan berat 4.5 kilogram, ia tetap memberi mobiliti kepada pengguna apabila mampu dibawa dari satu tempat ke tempat lain dengan mudah.
Bagi pengguna yang gemar memainkan fungsi multimedia yang banyak seperti memainkan filem, video dan juga permainan video adalah disarankan menyambungkan plug kepada soket untuk mengurangkan terjejasnya fungsi akibat ketahanan bateri yang kurang iaitu hanya mampu bertahan selama 2 jam sahaja. Touchpadnya pula adalah memerlukan pengguna kidal sedikit masa untuk membiasakan diri kerana touchpad atau tetikus sesentuhnya terletak di sebelah kanan. Selain itu, pengguna yang gemar bermain permainan video, terutamanya permainan berbentuk FPS atau strategy pula adalah disarankan menggunakan tetikus tambahan kerana sukarnya mengawal permainan dengan hanya touchpad yang ada.
Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa Sony Vaio VCG LA38G ini mampu memberi revolusi kepada desktop pada masa akan datang dengan mobilitinya yang cukup baik tetapi mampu menandingi fungsi yang ada seperti sebuah desktop.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar